Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Saturday, October 22, 2011

Akak Terharu K.Jee jd Follower...n Resepi Blueberry Cream Cheese Butter Cake

Assalamualaikum.

Selamat malam semua hari nie agak lmbat akak dpt on9 sbb slpas magrib ke pontian temankan adik, menghantar kakak n my two nieces Aishah n Iqin blik kg..maklumlah cuti seminggu sempena Cuti Deepavali nnti n Cuti Sekolah..akak jugak yg kena keje walau pun murid-murid sekolah bercuti..Mesti keadaan sunyi sepi kat sekolah akak tu bila murid2 dah start bercuti Isnin ini..

Ok la kita lupa kan sekejap pasal Cuti Sekolah n anak-anak buah yg dh blik ke Kg. Td petang akak ada menulis mengenai ucapan terima kasih kepada Blogger2 Masakan yang sering menjadi inspirasi akak selama ini.  Sebenarnya bila buka blog td akak agak rasa terkejut dan terharu sebab Kak Jee iaitu Pn. Fauziah Samad yg akak kenali dari tulisan2 beliau semenjak akak dibangku sekolah menengah menjadi Follower Blog akak yg baru sehari dua nie..Terima kasih banyak K.Jee..semenjak dah tahu K.Jee giat menulis di Blog pula akak mmg sentiasa mengikuti apa2 jua coretan, perjalanan, masakan dan lain2 perkara yg sering kali memberi begitu begitu bnyk ilmu yg boleh dimanfaatkan oleh semua org x terkecuali akak yg baru nak berjinak2 memasak nie..

Petang td sebelum ke Pontian akak ada buat Blueberry Butter Cheese Cake..yg rasanya wallahhh very soft, moist, creamy kena la gan blueberry bila diadunkan pada cheese sungguh memikat rasanya..sebenarnya resepi ni asal dari Blogger masakan yg terkenal gak Pn. Yati yg mana kemenjadian kek akak nie x la selawa yg dibuat oleh Pn. Yati tu akak gunakan resepi beliau n mohon copy paste di sini pula yer..akak punya x brapa nk cntik tp rasa dia..adoyaiii mmg terangkat n terbaekkk la kata anak2 buah akak.. tuk adik2 n kengkawan ku di fb yg ingin mencuba slmat mencuba yer..jom kita semak resepi..
Adunan yg perlu di gaul sebati

Dropkan blueberry filling tu seperti di atas..

akak lapis kan 3 layer  dgn blueberry drop tu tp..


Tgk tu blueberry tu nk dok dibwah ajer tpksan upside downkan dia..

Anyway u can't resist this supperlious cake..sdapp weiii..


BLUEBERRY CREAM CHEESE BUTTER CAKE

Bahan-Bahan
  • 1 1/2 cawan gula halus *(laen kali kena kurangkan 1 cwn or 1 1/4 sbb agak manis)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 150gm buah blueberry (saya guna blueberry filling)
  • 2 1/4 cawan tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum+1 sudu kecil baking powder, diayak)
  • 250gm butter
  • 250gm cream cheese
  • 1/3 cawan susu segar
  • 3 biji telur
Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang (saya guna loyang 8 inci)
  2. Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan cream cheese dan susu, pukul lagi. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.
  4. Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.
  5. Letakkan buah blueberry/ blueberry filling secara dot dot....sesudu sesudu.
  6. Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.
  7. Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.

No comments:

Post a Comment