Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, October 24, 2011

Cuti Sekolah Bermula..n sarapn Roti Telur Berbawang..

Assalamualaikum..

Selamat pagi, apakabar semua harap2 semua sehat sejahtera di pg Isnin yang berbahagia ini..Hari nie dah bermula cuti sekolah selama seminggu jd keadaan di sekolah pada pg nie sunyi sepi ajer..tp baek la ada
Wafi yg comel anak pd Che Mamat si parang tumpul technician di sekolah ini ada dtg sekejap jd riuh
rendah lah sekejap pejabat ini..

Kalau cuti sekolah kantin pun tak ada jd kena la bawak bekal atau ke gerai yang berhampiran..kalau nak buat sarapan pun kena la yg ringkas ajer maklumlah waktu bekerja kan..hari nie akak hanya sempat buat sarapan ringkas Roti Telur  Dengan Bawang cukup la sekadar utk mengalas perut..Jom la kita semak Resepi yang sangat ringkas ini..

Roti Telur Berbawang.

Bahan2:
6 keping roti - akak guna roti daily - dikerat 2
2 biji telur ayam size besor
2 biji bawang besar -sedang dipotong dadu
1 pohon daun bawang - hiris halus (akak x letak xder stok)
1 biji cili merah cincang (kalau suka pedas)
2 sudu makan tepung gandum
3 sudu mkn air
secubit lada sulah
secubit garam
Sedikit minyak untuk mengoreng

Cara: Pukul telur bersama garam, lada sulah, masukkan tepung dan air gaul rata dan tidak bergentel, masukkan bawang, daun bawang dan cili gaul.  Panaskan sedikit minyak dalam 3 sudu sahaja utk mengoreng 3 hingga 4 potong roti..celupkan setiap keping dengan bancuhan telur dan goreng dengan api sederhana,
goreng hingga keperangan, angkat dan tos letak di atas paper towel untuk serap kan minyak..Hidangkan panas bersama sos cili atay mayonis..
Roti Telur Berbawang

Ada gak Nasi Lemak td yg dibeli..sambal bnyak n ada paru goreng..

No comments:

Post a Comment