Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Wednesday, October 3, 2012

Kek Batik Milo...Sara, Aina, Ayid, Iqin xjemu2..



Assalamualaikum...

Salam Rabu 3 Oktober...dah masuk 3 hari dalam bulan Oktober saya baru dapat bersiaran...rindu sangat2 kat blog nie...cewahhhh..tp rindu jugak kat kawan2 semua dan pengunjung  ZLC yang masih sudi bertandang ke blog saya ini terima kasih pada kalian semua..sebenarnya hari ini saya tak ke pejabat bukan kerana wordless wednesday atau rabu yang bisu  menyebabkan ramai yang lesu utk berkata2..coz saya memang suka hari  rabu..hari saya dilahirkan...hahaha back to wednesday story nampaknya saya ini...cuma kurang sehat dan ingin memanjakan diri emmm..macam mana sepatutnya nak memanjakan diri tu yer..kalau dapat ke SPA sambil buat treatment seluruh badan baru lah boleh dinamakan memanjakan dirikan..ini setakat berehat di rumah sahaja...nanti la cik J...bila ada kesempatan kita manja2kanlah diri sendiri wokey...sediakan sahaja fulus secukupnya..sebab kalau dah ke SPA tu mau ratus2 juga rasanya..tunggu dapat bonus eks...hehehe mengada2 betulkan...

Ok kita tinggalkan dulu cerita bermanja-manjakan diri dulu...hari  ini saya nak kongsikan dengan kawan2 semua resepi Kek Batik Milo yang selalu juga saya buat sebab anak2 buah saya di rumah nie semuanya suka kek yang sangat senang nak dibuat nie...naseb baek la korang suka benda yang simple2 nie so xlah susah payah mak j nak buat tapi punya la al-kemalasan tu kekadang sampai anak2 buah nie komplen baru lah menjadi...ini pun sebab hari Ahad lepas saya buat Kek Batik Milo yang di oder oleh cikgu Ustazah Siti Hajarah kat sekolah saya tu so...bila tengok anak2 nie dah mula dah komplen bila nak buat untuk mereka..jadinya saya pun apa lagi buatkan lah juga...kesian kat anak2 nie..jom kita tengok resepi kek batik milo yang saya gunakan sama seperti resepi Kek Batik Horlick yang penah saya buat di  SINI dan juga SINI cuma bahan asasnya digantikan dengan Milo...kejadiannya memang sangat2 sedapppp lebih2 lagi saya coatingkan pulak dengan chocolate ganache n letakkan dengan smarties anak2 buah yg kenit2 nie...gan yg tua2 semua pun suka..gak..hehe..resepi masih gunakan resepi asal Che Mat Gebu -DTS..terima kasih CMG sebab suka sangat gan resepi  yang ini dah xmo cuba kek batik lain sebab pada saya yang ini dah ok lembab2 n tak berapa nak manis...sangat berkenan di hatiku..(resepi asal 1 adunan saya gandakan untuk dapat banyak)

Kek Batik Milo...

Bahan-Bahan:

600gm biskut marie - dipatah2kan 4
250gm butter - saya guna buttercup ajer..
1 cawan susu pekat
1 cawan milo
4 biji telur - dipukul manja
1/2 cawan air
1 ct esen vanilla

Cara:
1. Masukkan semua bahan kecuali biskut marie dan butter dalam periuk, kacau di atas api yang kecil sehingga semua bahan agak memekat baru masukkan butter. kacau hingga rata, baru ditambahkan essen vanilla dan biskut marie.
2. Gaulkan rata2 dan padamkan api.. Sediakan bekas atau loyang, untuk mudahkan boleh alaskan bekas atau loyang berukuran 7x7 x3 inci atau bekas yang bersesuaian dengan plastik..untuk mudahkan bila hendak balikkana atau keluarkan kek, pastikan plastik cling atau plastik yang bersesuaian lebar sedikit dari loyang atau bekas kueh anda. Masukkan adunan yang siap dimasak tadi dengan tekankan padat2. Sejukkan dahulu sehingga wapnya hilang baru masukkan dalam peti sejuk 3-4 jam, boleh terus di hidang atau boleh dicoating dengan chocolate ganache resepi seperti di bawah:

Chocolate Ganache -coating
Bahan2
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung

Cara:
1. Gaulkan semua bahan ini hingga rata, masakkan atas api kecil kacau2kan sekejap sahaja hingga rata dan berkilat boleh padamkan apinya, sejukkan sebentar.
2. Sapukan coating yang dimasak ini ke atas kek batik dan ratakan dengan spatula, hiasi dengan chocolate smarties atau apa2 perhiasan yang bersesuai...tak payah letak apa2 hanya coating jer pun tak apa...sedap,,,cubalah..



No comments:

Post a Comment