Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Wednesday, June 6, 2012

Makan2 di Sekolah Masa Cuti...

Hai...selamat petang semua..dh minum petang ke belum kawan2..tp dh masuk jam 6 nie tentu ada yang sedang menyiapkan hidangan untuk makan malamkan...yer la ada orang makan malam cepat dan tak kurang juga ada yang makan malam agak lewat...xkisahlah tu..tapi kalau mengikut fakta sains malam yang terbaik adalah sekitar 5-6 jam sebelum seseorang itu tido jadinya makan di waktu senja adalah sangat bertepatan dan proses penghadaman makanan kita dapat dilakukan dengan baik....
kali ini xmkn di pejabat tp di kantin...

Cewahhh citer pasal  kesihatan pulak saya eks...sebenarnya seperti yang saya ceritakan tadi hari ini di pejabat saya ada buat makan2 atau potluck lunch dan kali ini bos saya yang belanja ikan bakar dan siput sedut masak lemak yang dibeli di Warung Siput Sedut Wak Dol di Jalan Dato' Musa, Pengkalan Rinting, Tampoi, Johor Bahru yang sangat terkenal dengan masakan siput sedut di samping asam pedas  ikan sembilang dan ikan bakar pelbagai jenis yang sedappp (wahh iklan percuma pada Warung Wak Dol..nie boleh tak dapat diskaun bila saya makan disana nanti..hehe)...selalu waktu makan tengah hari di warung ini sangat ramai orang singgah makan dan ada kalanya kena tunggu tempat duduk kosong.
sebelum mkn ust che matt membaca doa makan...

Ok lah sebenarnya saya cuma nak berkongsikan sedikit gambar2 yang sempat saya ambil semasa acara makan2 potluck tadi..dan selain dari bos saya belanja Ikan Bakar Siakap berserta gulai lemak siput sedut ada juga tahu goreng sambal kicap, ikan kering, sambal belacan, ikan tenggiri masak asam pedas oleh kak ros yg sedap, ada telur dadar n telur masin n popadom che matt yg digoreng oleh isma n fiza dan nasinyer juga fiza masak nasi putih guna basmathi...selain dari tu ada juga bayam bening kak marie berserta ulaman pengaga dan saya hanya buat pencuci mulut agar2 cocktail instant..serta buat air anggur...oppsss ada satu lagi tertinggal limau sunkist pun ada...jom la kita layan gambar sahaja yer sebab dah selamat dlm perut kami2 semua nie..hehehehe...
jemput mkn...jgn segan2
Agar2 Cocktail Segera...betul2 segera saya buat hehehe... 

Bebola Ubi Savori

Assalamualaikum...

Salam Rabu untuk semua rakan2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi...dah lama betul saya tak bersiarankan...sebenarnya bukan tak nak atau mahu menjauhkan diri dari cik blog nie..tp kerana tak ada bahan yang nak dikongsikan makanya terpaksala saya menyepikan diri buat sementara...rindu jugak nak menjengah disini bila dah lama tak bersiaran dan hari ini saya nak kongsikan satu resepi yang mudah yang sesuai dibuat sarapan pagi atau minum petang.. Makanan yang berasakan ubi memang sedap jika dipelbagaikan selain kita makan dengan cara direbus dan makan bersama sambal tumis dan ikan kering, buat kueh bakar atau bingka ubi pun sedap dan ada juga orang suka buat getuk ubi atau ubi goreng.  Kali ini saya olahkan ubi ini kepada bebola ubi savori..macam getuk ubi jugalah cuma tak manis dan saya perisakan dengan bawang dan cili api untuk rasa yang pedas sedikit mengikut citarasa orang-orang malayu.

Ok lah sebenarnya saya buat ubi ini untuk sarapan dipejabat tadi pagi.  Kebetulan akak2 di pejabat bersama wakjo, abg enal n mamat berkemas mengalihkan barang2 komputer lama jadi saya pun dok diam2 di dapur sambil mengoreng bebola ubi dan ada juga karipap segera yang dibawa oleh kak marie serta roti canai telur yang dipayung oleh abg zainal...wahhhh sangat meriah acara makan2 di pejabat dan ianya tak terhenti di sini sahaja...nanti kalau ada kesempatan saya sambungkan lagi acara makan2 @potluck lunch pulak yer..yg ini bos saya pulak payung..Jom kita semak resepi dibawah..


Bebola Ubi Savori

Bahan-Bahan:

Untuk Bebola Ubi Savori
2 batang ubi sederhana besar - dikupas kulit bersihkan dan rebus hingga empuk
1 1/2 labu bawang besar - dihiris/dadu halus
3 ulas bawang putih - dicincang halus
10 batang cili padi - dicincang halus - (kalau nak pedas lagi tambah)
2 sudu besar udang kering - direndam dan tumbuk halus
secubit garam secukup rasa

Untuk Bancuhan Tepung Salut Bebola Ubi:
11/2 cawan tepung gandum
air secukupnya - supaya bancuhan tidak telalu cair atau pekat (lbih kurang 3/4 cawan air)
1 sudu makan minyak masak
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
dan minyak uuntuk mengoreng.

Cara-Cara:

1. Ubi yang telah direbus hingga empuk di toskan airnya dan lenyek dengan belakang gelas atau jika alat alat smasher bolah gunakan untuk melenyek ubi sehingga halus
2. Campurkan bawang besar yang didadu halus dan bawang putih cincang, cili padi hiris dan udang kering yang ditumbuk halus di campurkan bersama ubi, letakkan sedikit garam dan gaul kesemua bahan ini hingga rata.
3. Kepal dan bentukkan ubi menjadi bebola yang comel2 macam bola pingpong atau kecil sedikit pun boleh
bila dan buat sehingga habis adunan ubi.
4. Untuk buat bancuhan tepung gaulkan tepung gandum bersama sedikit serbuk kunyi dan sedikit garam serta sesudu minyak masak. Bancuhkan dengan air sedikit demi sedikit pastikan bancuhan tidak terlalu cair atau terlalu pekat..
5. Panaskan minyak di dalam kuali apabila minyak dah panas masukkan bebola ubi yang dicelop ke dalam bancuhan tepung, gorengkan dengan api yang sederhana sehingga bebola ubi masak dan menjadi kuning keemasan dan agak mengaring. Angkat dan toskan dan letak di atas paper towel. Hidangkan panas bersama sos kegemaran anda atau dimakan begitu sahaja tanpa sos sebab dah ada rasa pedas cili padi..sedappp selamat mencuba.

Sunday, June 3, 2012

Pastry Pokok Duit2....

Assalamualaikum...

Salam petang minggu untuk semua..dah minum petang ke belum petang ini saya gan Iqin cuma minum milo dan makan fresh fruits tartlet yang kami buat semalam tu.  Dah minum2 tu Iqin suruh pulak saya buat garam belacan  untuk dimakan bersama buah...iqin nie memang ada2 aje ideanya.  Selain makan buahan begitu sahaja kalau buat garam belacan sebagai pencicah memang sedap caranya mudah ajer gula anggaran 1 cawan diblender bersama garam dalam 2 camca teh campur kan dengan serbuk lada dalam 1 sudu makan dan belacan dalam seinci, blender halus kemudian digaul rata dah jadi garam belacan.. makan dengan buah2an seperti epal, lai, nenas, mangga muda, jambu air atau apa2 jenis buah pun boleh memang sedap tak perlulah kita beli asam boi yang diblender bersama2 bijinya tu...garam belacan versi saya ini agak kepedas2an sedikit.

Ok sebenarnya saya nak kongsikan dengan kawan2semua resepi yang saya buat untuk sarapan pagi tadi iaitu Pastry pokok duit.. pastry pokok duit ini saya tengok di blog Chef CMG di Dapur Tanpa Sempadan lama dah rasa nya tapi baru sekarang ini saya dapat buat tu pun buat 3 keping ajer untuk habiskan puff pastry yg memang berbaki 3 keping di dalam fridge tu jadi la buat sarapan saya dan Iqin...untuk Aishah pulak saya buatkan bekal Sandwich Telur sahaja sebab Aishah pergi tuisyen hari Ahad memang bawak bekal kebetulan akak saya milah balik Pontian jadi terpaksalah saya jadi ibu2 sebentar untuk 2 orang anak dara yg tinggal termasuklah makcik dara dorang nie...hehe.. ok lah asik berceloteh ajer jom lah kita lihat bahan2 yang diperlukan oleh buat resepi di bawah...kalau nak tengok cara yang lebih jelas sila clik   DISINI     cara2 Chef CMG buat yer...Tqvm akak linkkan DTS disini ok..

Pastry Pokok Duit2...
Sumber : Chef CMG@DTS

Bahan-Bahan:

3 keping puff  pastry jenama kawan
3 batang sosej - saya guna sosej size biasa ajer xder yg besar
sedikit kuning telur untuk gris di atas pastry

Cara:
1. Ambil sekeping pastry letak di atas meja untuk menorak dengan taburkan sedikit tepung bagi mudahkan
kita torak dan leperkan sedikit pastry ikut size sosej.
2. Letakkan sekeping sosej ditengah2 pastry lipatkan dua dan tekan kan bahagian hujung yang tidak bersosej agar bertaut.
3. Potongkan bahagian yang ada bersosej kepada 9-10 bahagian hingga putus kemudian silangkan kekiri dan ke kanan supaya membentuk seperti pokok duit2. (sila clik di link diatas bagaimana CMG buat yer)
4. Buat hingga habis dan susun pastry di dalam loyang sapu diatasnya dengan sedikit kuning telur.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak. Hidangkan bersama sos kegemaran anda, cili sos ke mayonis ke, apa2 sos pun boleh...

Saturday, June 2, 2012

Asam Pedas Siakap Laut...

Assalamualaikum...

Bertemu sekali lagi dimalam  minggu...apa agaknya aktiviti teman2 semua di malam minggu seperti ini yer...ada yang berjalan untuk mengambil angin di Danga Bay ke..memalam gini rasanya lebih baik kita duduk depan tv sambil menonton cerekaramakan...tapi saya pun xmenonton malas lah jadinya dapatlah saya meluangkan sedikit waktu untuk mengupdate blog....

Ok tanpa membuang masa saya terus ke resepi masakan yang tak jemu2 dimasak dan dimakan terutamanya oleh warga johor iaitu Asam Pedas.. Hari ini saya masak asam pedas gunakan ikan dan tak berapa banyak sikit ajer sebab saya gan anak2 buah saya Aishah dan Iqin ajer yang nak makan yang lain2nyer tentu menikmati makan tengah hari dan makan makan yang enak di Parit Yusof Bt Pahat kan..xper mak j tak jeles sebab mak j pun masak asam pedas gak...sama ke x..ibu Bedah, Aina, Sara, Yeyed n Akak Hawa ada sekali tak kat rumah tok Yeam tu..k nanti tersedak2 pulak anak2 buah saya bila disebut...sorry yer semua..lekas balik tau aina n sara..baru 2 hari mereka dikampung dah rindu kan anak2 yang sentiasa menghiruk pikuk n happening selalu bila di rumah ini..peace no war..hehehe...

Jom kita semak resepi berikut di bawah:

Asam Pedas Siakap Laut

Bahan-Bahan:
4 keping - isi ikan siakap yang dibasuh bersih dan ditoskan
3 senduk nasi penuh lada yang diblender halus *(lada kering - direbus kemudian diblender)
10 ulas bawang merah - diblender halus*
3 ulas bawang putih diblender halus*
1 inci kunyi hidup - diblender halus*
11/2 inci belacan - diblender halus*
1 cawan jus asam jawa
air secukupnya lebih kurang 3 cawan
2 helai daun limau purut
7-8 batang bendi - dibuang atas dan sedikit hujungnya
2 biji tomato - dipotong baji
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk dan tumiskan bahan2 bertanda* yang telah dikisar halus hingga naik minyak dan agak garing.  Kacau selalu agar tidak berkerak.
2. Bila bahan2 yang ditumis naik minyak masukkan air asam jawa dan air, biarkan hingga kuah agak mendidih masukkan ikan diikuti dengan bendi dan daun limau purut.
3. Masak dengan api yang sederhana hingga ikan dan sayur bendi masak, perisakan dengan sedikit garam dan gula. rasakan keseimbangan masam masin asam pedas ini.  Akhir sekali masukkan tomato yang dipotong baji sebelum menutup api.  Hidangkan bersama nasi putih dan lauk pauk yang kain.

Mini Fresh Fruit Tartlet

Assalamualaikum...

Salam senja untuk semua, agak lewat bersiaran hari ini sebab abg saya Anor Hussein dan Kak Z datang bersama anak2 buah saya Mohd Aliff dan Mohd Azri...dah lama mereka tak ke sini..dapat la berbual2 dan sempat juga saya buat utk azri roti gulung crabstick..sebab saya pernah janji dengan azri kalau datang ke sini saya nak buatkan roti poket tapi memang tak sempatlah sebab kalau ada inti yang siap boleh juga dibagaikan so jadinya hanya crabstick roll aje yang mak j sempat buat..lain kali yer azri...

Ok sebenarnya hari ini saya nak kongsikan dengan rakan2 resepi Fresh Fruits Tarlet yang saya buat pagi tadi.. fruits tartlet ini dibuat atas permintaan Nurasyiqin atau mesra dengan panggilan Iqin anak buah kesayangan saya yang memang suka sangat makan mini Fruits Tartlet ini..bila dah digesa2 untuk jadinya semalam malam saya buatkan pastri atau crust tarlet ini dan saya gunakan resepi yang saya ambil dari Blog Dapur Tanpa Sempadan..kulit nya saya ikut resepi Blueberry cheese Tartlet dan untuk filling custardnya saya gunakan resepi Fresh Fruits Tartlet punya inti...so saper2 yang hendak resepi asal sila ke    DISINI. 
saya gandakan untuk pastri dan fillingnya juga..akak mohon share disini yer che mat..tqvm.  Sebenarnya banyak kali juga saya dah buat resepi fruit tart dan antaranya YG INI


Jom kita lihat bahan2 yang diperlukan.

Mini Fresh Fruit Tartlet
Sumber:  CMG @ DTS

Bahan-Bahan:

Untuk Kulit Tartlet:

250 gram butter - saya guna buttercup aje
440 gram tepung gandum - diayak
80 gram gula halus - saya kurangkan jd 70gm
1 biji telur - (resepi asal 1/2 adunan guna 1 biji) saya kurangkan
1 camca teh esen vanilla

Untuk Inti Custard:

2 cawan susu segar
3 sudu makan gula halus
3 sudu makan tepung kastard (saya guna tepung jagung)
2 sudu makan butter
1 camca teh vanilla
beberapa titis esen hijau

Bahan2 lain:
Secukupnya buah kiwi dihiris nipis
Secukupnya buah mangga - dipotong dadu
Secukupnya Anggur Merah dan Hijau secukupnya
Apa2 jenis buah bersesuaian seperti strawberi ke pun boleh

Cara:

Untuk sediakan Pastri
1.  Masukkan tepung dalam mangkuk pengadun bersama butter dan gula halus, gaulkan sehingga terbentuk serperti serbuk roti dengan menggunakan hujung jari sahaja.
2. Telur di pukul sedikit dan campurkan esen vanilla dalam telur, masukkan telur sedikit demi sambil menguli sehingga membentuk doh yang lembut.
3. Bentukkan doh di dalam acuan2 mini atau atau boleh juga gunakan acuan pie yang besar cucuk sedikit didasarnya dengan garfu. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga pastry masak. Pastry boleh dibuat awal dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara sebelum digunakan.

Untuk sediakan Inti Custard dan Buah2an
1. Masukkan Susu segar bersama tepung jagung dan gula halus dalam periuk kacau rata menggunakan whisk, masak di atas api yang sederhana masukkan sekali beberapa titis esen kuning atau hijau..saya ada esen hijau sahaja. Kacau selalu dengan whisk dan apabila dah agak mendidih dah memekat padamkan api.
2. Masukkan pula butter dan esen vanilla, gaul rata dan biarkan sejuk sebentar.
3. Ambil kulit pastri dan masukkan inti custard, susunkan buah2an yang telah dipotong di atasnya. Simpan di dalam peti sejuk..sedap dimakan sejuk2...cubalah..

Friday, June 1, 2012

Betik Muda Masak Bening....hirup gitu saje pun sedap..

Salam semua...bertemua sekali lagi kita pada hari ini...bila dah ada semangat nak menulis ini baiklah saya masukkan entry tertunggak di blog...dan setelah ditinjau gambar2 masakan yang telah disnap saya nak berkongsi dengan anda semua resepi yang mudah,  resepi orang2 melayu dari berzaman dulu telah masak lauk sebegini.  Memandangkan betik mudah didapati dikebanyak rumah tak kiralah sama ada di kampung atau di bandar...begitu juga di halaman rumah saya ada sepohon betik yang boleh tahan berbuah dan setakat ini dapat dimakan betik sama ada yang masak ranum atau dibuat sayur.  Kalau nampak betik yang muda dan mengkal sebelum masak tu memang x boleh ditahan2 rasa tekak nie teringinkan lauk bening betik.

Sebenarnya kalau betik yang mengkal dibuat sup sayuran begini memang sedap sebab rasa dia yang manis2 manja dan pedas2 sedikit sebab dicampurkan dengan sedikit lada hitam. Kalau lauk bening macam nie saya suka hirup sahaja panas2 tak payah makan dengan nasi...memang sedap..lebih2 lagi kalau tekak tak berapa selera nak makan atau nak demam cuba lah masak bening betik muda pasti menghangatkan suhu badan kita..Jom kita semak resepi mudah dibawah ini.

Betik Muda Masak Bening...

Bahan-Bahan:

1 biji betik muda@mengkal yang sedang dikupas kulitnya dan dihiris
8 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 sudu makan udang kering - direndam sebentar dan ditumbuk
1 - 1/2 sudu makan lada hitam ditumbuk kasar
2 helai daun kunyit, siat dan simpulkan
air secukupnya lebih kurang 6-7 cawan (bergantung pada banyak kuah yang kita hendak)
gula 1 sudu makan
garam secukup rasa

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk yang dimasukkan bawang tumbuk, udang kering dan lada hitam yang ditumbuk.
Bila air dah mendidih bersama bahan rencah tadi masukkan betik yang telah dihiris2 dan juga daun kunyit yang disimpul. Kalau ada daun selasih juga boleh dimasukkan.
2. Masak sehingga betik agak empuk masukkan garam secukup rasa.  kalau  suka masukkan serbuk perasa..saya tak guna serbuk perasa cuma gantikan dengan 1 sudu makan gula sahaja.
3. Apabila lauk bening betik dah mendidih seketika dan masak boleh padamkan api dan hidang kan panas2 sama ada dengan nasi putih dengan lauk pauk yang bersesuaian atau dimakan begitu sahaja hirup panas2 sedappp..

Roti Gulung Sosej Keemasan


Assalamulaikum..

Salam pagi Jumaat yang penuh barakah buat semua teman2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi.. bertemu sekali lagi kita di awal bulan baru iaitu 1 Jun yang menandakan setengah tahun masa yang berlalu.. Sepanjang setengah tahun pertama yang telah kita lalui ini  banyak peristiwa2 yang berlaku sama ada yang pahit atau yang manis dan pastinya segala pengalaman yang kita lalui itu menjadikan diri kita lebih matang dalam menangani setiap perkara yang mendatang.

Xmau cerita yang agak serius disini sebabnya blog saya ini hanyalah blog masak2 yang sangat santai dengan resepi2 yang mudah atau yang campak2  ajer dan ada diselitkan sedikit cerita jalan2, makan2, cerita2 di sekolah dan serba sedikit cerita2 biasa oleh insan yang bernama Zalekha Sheikh Ismail  yang sangat2 simple dalam semua hal tak mau memeningkan kepala saya nanti naik pulak tekanan darah saya.huhu.

Ok lah hari ini saya cuma nak kongsikan resepi sarapan yang sangat mudah sebab itu sahajalah yang mampu saya buat untuk pagi ini untuk bawa bekal ke pejabat almaklum kalau nak buat yang susah2 nanti lambat pula sampai ke opis muahahha alasan kemainkan.. ..alhamdulillah kebetulan pada pagi ini bos saya juga ada bawak mee soto dan roti canai  jadinya meriah lah acara makan2 sebab kantin sekolah tak ada pd cuti sekolah. Jom kita lihat resepi yang dah beberapa kali juga saya buat sebelum ini..

Roti Gulung Sosej Keemasan..

Bahan-Bahan:

6 batang sosej ayam
6 keping roti putih
1 biji telur
serbuk roti @ breadcrumb secukupnya
sebarang sos sebagai pencicah saya guna mayonis cheezy
minyak untuk mengoreng

Cara:
1.  Roti di leperkan sedikit dan letakkan sebatang sosej di hujung roti, gulung dengan kemas dan
sapukan sedikit telur di hujung roti untuk melekatkan gulungan roti. Buatlah sehingga semua sosej dan roti habis.
2.  Telur yang sebiji dipukul sedikit dan celup kan roti yang telah digulung tadi dan seterusnya golekkan di atas breadcrumb hingga rata.
3.  Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan roti dengan api yang sederhana hingga warna kuning keemasan dan bila dah garing angkat serta toskan dan hidangkan panas bersama sos pilihan anda, cili sos atau mayonis atau apa sahaja yang anda gemari.