Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Zalekha Luvs Cooking
Sunday, May 12, 2013
Puding Samolina ~~segera..
Salam Ahad..selamat hujung minggu dan..Assalamualaikum untuk semua, apa kabar kawan2 semoga sentiasa sihat dan ceria bersama keluarga...dah minum petang lum kawan2..mungkin ada yang sedang meraikan hari ibu hari ini dengan hidangan minum petang yang istimewa sama ada di rumah atau ada yang membawa ibu untuk jamuan di hotel..baguslah kalau macam tu..kerana kita sepatutnya meraikan ibu kita sebenarnya bukan setakat setahun sekali tapi berkali2 atau setiap hari kalau boleh...kalau di bandingkan dengan jasa ibu yang membesarkan anak2 hingga menjadi anak yang sempurna saya rasa memang tidak ternilai pengorbanan seorang ibu...Justeru itu untuk semua anak2 sayangilah ibu anda setiap hari, setiap saat dan ketika..kerana setitis air mata ibu tidak dapat di bayar walaupun dengan segunung emas. Selamat Hari Ibu untuk semua..
Ok kita tinggalkan kisah hari ibu, saya hari ini nak kongsikan dengan kawan2 resepi hidangan pencuci mulut yang mudah saya buat puding ini masa masak laksa johor minggu lepas, kalau tak ada idea apa hendak di buat atau kesuntukan waktu kerana ada tetamu yang datang boleh juga sediakan puding seperti ini..rasanya lemak2 manja gitu..cara nak memasaknya pun mudah macam kita buat puding kastad...jom kita semak resepi di bawah
Puding Samolina
Bahan-Bahan:
2 cawann - semolina @ tepung suji
1 tin susu cair
8 cawan air
3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan kismis kuning
1 camca teh esen vanilla
Cara:
1. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk kacau dengan senduk kayu dengan api yang sederhana hingga adunan puding mendidih dan memekat, kacau selalu.
2. Masakkan puding ini macam kita buat puding kastad, sehingga gelembung2 angin keluar (blup,blup,blup) bunyi dia...x reti nak discribe la tu. Bila dah masak elok padamkan api dan sendukkan puding ke dalam mangkuk2 puding atau bekas bersesuaian..Puding ini sesuai di hidangkan secara individual kerana ianya agak lembut makan guna sudu. sejukkan terlebih dahulu sebelum di hidangkan. Kalau suka boleh juga di letakkan buah2an campuran fruit cocktail di atasnya semasa menghidang. selamat mencuba...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment