Assalamualaikum...
Salam Selasa dan salam sejahtera untuk semua...alhamdulillah bertemu kita sekali lagi di alam maya setelah 2-3 hari saya agak sibuk dengan urusan PRU jadinya setelah segalanya selesai saya dapatlah kembali bersiaran seperti biasa dengan entry yang ringkas dan mudah.
Hari ini saya nak berkongsi dengan kawan2 semua resepi Sup Merah Makaroni dengan Bebola Daging mini sebab daging yang di kepal menjadi bebola yang comel2 ajer size nyer..kalau kita buat bebola daging atau meatball sendiri gunakan daging kisar memang sedap tau kawan2 sebab rasa dagingnya tu lembut dan tak lah berasa tepung semata..macam yang kita beli yang siap di proses tu..cumanyer kalau ada masa dan kerajinan bolehlah mengentel bebola sendiri kalau tak masih boleh beli yang siap di proses..ok jom la terus kita tengok resepi yang mudah di bawah ini ok...
Sup Merah Makaroni dengan Bebola Daging
Bahan-Bahan
2 cawan makaroni - di rebus hingga lembut dan toskan.
400 gram daging kisar
1/2 tin - > < 250 gram tomato puree
1 senduk nasi - cili kisar
2 biji bawang besar - dikisar halus
5 ulas bawang putih- dikisar halus
1 inci halia - dikisar halus
3-4 sudu makan tepung jagung
1/4 camca teh lada sulah
1 cawan tomato cerry
4 biji kentang - potong kiub sederhana kecil
Secukupnya air kalau nak sup banyak lebihkan air
(lebih kurang 1.5 - 2 liter air)
sedikit tepung jagung >< 3 sudu makan dibancuh dengan air - untuk pekatkan sedikit sup
garam dan gula sebagai perisa
sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1. Mula2 sediakan bebola daging, masukkan daging cincang ke dalam mangkuk campurkan sedikit garam dan 1/4 camca teh serbuk lada sulah, masukkan juga tepung jagung dan gaul rata, buatkan bebola daging sebesar size guli sederhana kecil, kalau nak buat size besar pun boleh, buatlah sehingga semua daging siap jadi bebola.
2. Masakkan air angganran setengah periuk atau secukupnya untuk merebus daging sebentar. Bila air telah mendidih masukkan daging dan apabila daging bertukar warna bolehlah diangkat dan ditoskan. ketepikan.
3. Dalam periuk lain panaskan sedikit minyak masak untuk menumis, tumiskan bawang besar yang diblender bersama bawang putih dan halia serta cili yang dikisar sehingga naik minyak dan agak garing, masukkan pula tomato puree dan tumiskan sehingga warnanya cantik merah.
4. Masukkan pula air secukupnya dan biarkan sehingga sup mendidih masukkan pula kentang dan daging yang telah direbus sekejap tadi. Bila kentang dah empuk masukkan pula makaroni dan perisakan dengan garam dan gula sedikit supaya rasa dia seimbang, masam2 pedas dan masin.
5. Masakkan sup ini dengan api yang sederhana kecil dan didihkan sehingga masak elok, masukkan sedikit bancuhan tepung jagung dan didihkan sup sebentar lagi sehingga agak sedikit memekat, akhir sekali masukkan tomato cheery dan bolehlah dipadamkan apinya. Hidangkan panas taburkan dengan sedikit bawang goreng dengan daun sup dan daun bawang yang dihiris halus jika ada. Boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan nasi. Sedap..selamat mencuba
No comments:
Post a Comment