Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Sunday, October 25, 2015

Kek Butter Lembap Perang @Moist Brown Butter Cake

Assalamualaikum salam ahad untuk semua.. hari ini saya nak share dengan anda semua resepi yang agak ringkas iaitu resepi kek butter yang saya buat 2 hari lepas.  Kekadang teringin nak makan kek butter yang dibuat sendiri.  Kek ni bukan jenis yang gebu halus tau kerana ia agak lembap tekstur nya macam ala2 muffin sedikit sebabnya mungkin saya masukkan susu segar di dalam kek ini..tapi rasanya tetap sedap dan kurang manis kerana penggunaan gula perang dalam kek ini sebab itu warnanya juga keperangan...ok selamat mencuba..lain kali kita buat pula kek butter versi lembut dan gebu ok..kan banyak resepi yang boleh kita google aje..berlambak keluarkan..muahahaha..jom tengok resepi..


Kek Butter Lembap Perang

Bahan-Bahan

250 gram butter - saya guna anchor brand
250 gram tepung gandum - diayak
1 sdt baking powder - di ayak bersama tepung gandum
200 gram - gula perang
1/2 cawan susu segar
4 biji telur ayam gred A
1 sdt - esen vanila

Cara:

1. Putar butter dan gula perang hingga gebu dan halus, masukkan telur sebiji demi sebiji
2. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu hingga habis
3. Akhir sekali masukkan esen vanila dan gaul sebati.
4. Alaskan acuan kek 6 x 6 inci dengan kertas minyak yang di griskan dengan sedikit butter
atau boleh gunakan acuan lain yang bersesuaian dan griskan dengan sedikit butter juga.
5. Masukkan adunan kek ke dalam acuan kek ratakan.  Bakar dalam oven yang telah di panaskan
pada suhu 200'c selama 40 minit atau sehingga kek masak.

Thursday, October 22, 2015

Serunding Kelapa Putih - Sesuai makan dengan Nasi Impit

Assalamualaikum..salam khamis buat teman2 dan pengunjung ZLC..apakhabar hari ini semoga ceria dan sihat walaupun cuaca negara kita kurang elok sekarang ini kerana cuaca jerubu yang dah dekat sebulan lebih ni tak pulih-pulih lagi..Musim-musim jerubu ni memang ramai yang megalami ganguan kesihatan seperti batuk, pedih mata, sakit kerongkong, alahan pada kulit dan demam serta penyakit lain juga.. Untuk yang mempunyai anak kecil atau anak bersekolah perlu selalu memantau pergerakan anak-anak untuk tidak bermain atau berada di luar rumah dalam tempoh yang lama...semasa udara tidak sihat ini.  Bagi anak-anak yang dicutikan persekolahan kerana jerubu juga duduk rumah aje lebih elok sambil mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan akhir tahun hampir tiba.. Ok lah berbalik kepada resepi serunding kelapa putih yang ingin saya kongsikan ini merupakan serunding yang digemari oleh arwah abah saya..kalau hari raya mesti nak buatkan serunding kelapa putih ini..makan dengan nasi impit atau ketupat..teringat pula pada arwah abah..Al-Fatihah semoga abah tenang di sana..masuk habuk pulak mata saya ini jom la kita tengok bahan-bahan yang diperlukan seperti di bawah:

Serunding Kelapa Putih

Bahan-Bahan

1 1/2 biji kelapa parut - ambil bahagian putih
segemgam udang kering - di rendam sebentar dan ditumbuk halus
5 ulas bawang merah  - dihiris nipis
4 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 batang cili hijau  - dihiris serong
2 inci halia muda - dihiris batang mancis
2 batang serai - ambil bahagian pangkal yang muda sahaja dihiris nipis
sedikit garam dan penambah perisa ajinomoto kalau suka

Cara:

1. Masukkan kesemua bahan di atas kedalam kuali, sangaikan sehingga serunding kelapa ringgan dan warnanya jangan terlalu perang ya..gunakan api yang kecil sahaja.
2. Rasakan jika perlu tambah garam..angkat dan hidang bersama nasi himpit..sangat mudahkan..selamat mencuba.






Wednesday, October 21, 2015

Jom buat Cake in a Mug...

Salam semua...dah minum petang belum..kalau terfikir apa yang nak di buat untuk minum petang saya ingin cadangkan cake in mug ini yang sempoi dan mudah nak membuatnya dan hanya perlu di masukkan dalam microwave selama 2 minit saje..jom tengok bahan2 yang diperlukan..


CAKE IN A MUG

Bahan-Bahan:

2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar serbuk koko
4-5 sudu besar susu segar / uht
1 1/2 sudu besar minyak masak/jagung
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur - gred A
Mug yang besar
*optional - boleh add in choc chip atau kekacang almond/cashew nut

Cara:

1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam mug
2. Kacau atau adunkan sehingga sebati dan tidak bergentil
3. Masukkan ke dalam microwave oven selama 2 minit. Jangan bimbang kerana adunan
   kek ini akan naik tinggi
4. Kek dah sedia untuk dimakan begitu sahaja atau kalau nak sedap boleh juga dimakan
    bersama ice cream.


dah gaul rata dan tak bergentel boleh masuk dlm microwave

naik tinggi kek nie




Tuesday, October 20, 2015

Churros...again..

Assalamualaikum..salam untuk semua..setelah lama saya tak menjengah ke sini hari ini saya kembali lagi dengan resepi kudapan atau makanan yang berasal dari Mexico ini.. Kudapan yang digoreng / fritter ini amat mudah untuk di buat dan bahan-bahannya pun tak banyak.  Oleh kerana anak-anak buah saya gemar kepada churros ini saya pun on la projek menchurros pada petang semalam.  Saya sebenarnya pernah juga masukkan resepi churros sebelum ini dalam blog tapi saya masukkan sekali lagi kerana x perlu menaip panjang-panjang sebab bahannya yang sedikit dan buatnya pun very the easy la kata orang.  Bila saya tengok ada orang yang menjual churros ni secara online dengan harga yang agak mahal iaitu 18 batang bersama sedikit chocolate dipping nya..churros yang sedikit tu aje dah berharga RM15 saya nak cadangkan kalau teringin dan teragak buat ajelah in shaa Allah menjadi punya..untuk kakak saya cik puan Buntat x payah la beli yang mahal tu buat ajer sendiri atau datang la ke rumah nanti hakak buatkan..ok jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan...

Churros
Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan air
1 sudu makan besar mentega
1 sudu makan besar gula
sedikit garam
1 biji telur gred A - di pukul sedikit
Minyak masak untuk mengoreng

Chocolate dipping secukupnya - boleh gunakan apa brand hersey ke nutella atau apa2 brand.

Cara:

1. Masukkan air bersama mentega, gula dan garam dalam periuk masakkan sehingga mendidih.
Bila dan mendidih masukkan tepung gandum dan dikacau dengan senduk kayu cepat-cepat hingga bergaul rata.
2. Padamkan api dan masukkan telur yang di pukul/kocok tadi ke dalam adunan tepung. Gaul hingga rata. Adunan akan menjadi lembut. Untuk bentukkan churros ambil piping bag dan masukkan nozel berbentuk bintang. Jika tiada piping bag dan nozel boleh juga gunakan plastik putih. Isikan dengan adunan tadi dan pancitkan anggaran tiga inci dan goreng dalam minyak sederhana panas.
3. Ada dua cara yang boleh di buat terus picitkan adunan churros ke dalam minyak atau kita picitkan atas dulang dulu baru di goreng. Goreng hingga warna kuning keemasan dan angkat serta letakkan di atas tapisan. Hidangkan bersama chocolate dipping bersama teh 'o' panas pasti sedap..cubalah..




Monday, September 28, 2015

Pie Daging dan Kentang


Assalamualaikum..apa khabar semua..hari ini saya nak share satu resepi pie yang berinti daging serta kentang.  Bagi peminat pie jom lah kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pie yang sedap nie..resepi saya copy paste dari resepi yang pernah saya buat sebelum ini di SINI

Pie Daging dan Kentang

Bahan-Bahan:

Untuk Kulit Pie

1 kg tepung gandumg
500 gm butter/majerin
4 biji kuning telur
sedikit garam
air ais - betul2 sejuk dari peti sejuk..
Kuning telur yang dicampur dengan sedikit pewarna kuning untuk glace di atas pie

Bahan Inti Daging dan kentang

4  biji kentang yang sedang - dipotong dadu sedang
400 gm daging cincang - jenama ramly atau apa2 pun boleh
semangkuk - mix vegie (frozen)
2 labu bawang besar - didadu 
5 ulas bawang putih dicincang
2 pokok daun sup - dihiris halus (xder stok masa buat tu so saya skip)
4 sudu makan rempah kari (Babas) -bancuh dengan sedikit air jadikan pes
air secukupnya untuk empukkan kentang
sedikit garam dan gula untuk perisa
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

Untuk Buat Inti

1 Mula2 sediakan inti, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih yang dicincang  
masukkan bawang besar yang didadu goreng hingga bawang layu dan berbau harum, masukkan pula rempah kari yang dijadikan pes tadi, tumis sehingga agak mengaring dan naik minyak.
2.  Masukkan daging cincang dan balik2kan masukkan pula kentang dan diikuti sedikit air. Balik2kan sehingga kentang empuk masukkan pula mix vagie.  Letakkan garam dan sedikit gula sebagai perisa, kalau nak letak pak aji @ msg pun boleh tapi saya xguna. Balikkan inti ini sehingga kesemua bahan sebati dan kentang masak empuk.  Tutupkan api dan sejukkan sehingga digunakan.

Cara membuat kulit pie dan diisi inti..

1. Tepung di ayak di dalam besen, massukkan butter dan garam sedikit, gaulkan tepung dan butter menggunakan hujung jari hingga membentuk seperti serbuk roti,
2. . Setelah adunan menjadi seperti serbuk roti masukkan pula kuning telur yang dikocok sedikit gaulkan atau uli lagi dan masukkan air ais sedikit demi sedikit hingga mencukupi sahaja bila adunan yang digaul tadi boleh dikepal dan lembut rasanya.
3.  Biarkan adunan lebih kurang 1/2 jam untuk proses melembutkan adunan, kemudian bahagikan kepada 4 bahagian, setiap satu bahagian pula dibahagikan kepada dua tapi untuk base kulit pastri besarkan sedikit dari penutupnya.
4.  Ambil 1 bahagian doh dan canaikan sehingga membentuk bulat lebih besar dari mangkuk pie. Jika nak mudah canai atau torak di atas plastik, dan torakkan sehingga agak tipis angkat dengan plastik dan telungkupkan pada mangkuk pie, ratakan bahagian teoi mangkuk pie dengan menekankan2 sedikit di keliling mangkuk, ambil pisau dan potong reje2 yang terjuntai dari tepi mangkuk pie. ambil garfu dan cucuk di dasar mangkuk pie.
 5. Isikan inti ayam berkentang tadi sehingga penuh mangkuk pie. sekarang ambil 1 bahagian doh yang telah dibahagi tadi dan torak sehingga nipis dan besarnya boleh menutupi inti pie. Ratakan dengan pisau di sekeliling penutup pie mana2 lebihan reje dan lebihan kulit pie ini boleh di torak dan dibentuk bentuk yang disukai untuk menghiaskan atas pie yang telah bertutup tadi seperti bentuk daun atau diamond shape susun atau hias ikut kreativiti masing2.
6. Di sekeliling pie ini tekankan dengan garfu agar melekat dan cucukkan sedikit diatasnya. Sapukan kuning telur yang dikocok sedikit dan dicampur dengan sedikit esen kuning di atas pie. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga pie masak dan warna keemasan dan garing.  waktu membakar pie bergantung pada oven masing2.
7.. Sejukkan dan potong mengikut size yang dihendaki dan hidangkan.. selamat mencuba.  

















Tuesday, September 22, 2015

Apam Susu Kukus..



Salam..dan bertemu sekali lagi pada hari ini..alang2 saya ada kesempatan di hari selasa ini..kalau tadi saya berkongsi resepi rendang kerang, untuk minum petang ni pula saya nak share resepi apam susu kukus..sebenarnya saya buat apam ni pepagi hari lagi..ntah macam mana hari ini teringat nak buat apam susu walhalnya dah lama apam susu ni menjadi viral di fb dan juga blog2 masakan..cuma saya aje yang selalu ketinggalan keretapi nampaknya.. Oleh kerana saya tak hendak ketinggalan kapal terbang pula..cewah macam nak pergi keluar negara aje ek..saya nak sajikan Apam Susu Kukus yang sedap ini sebab tak berapa manis rasanya dan teksturnya yang gebu gebas sesuai di buat hidangan minum petang atau sarapan...resepi simple seperti di bawah ini..terima kasih pada teman2 yang pernah viralkan resepi apam susu ini dan kali ini giliran saya pula merasai kesedapannya..cuba tau kawan-kawan senang aje nak buat apam nie..

Apam Susu Kukus

Bahan-Bahan:

4 butir telur - size A
2 cawan tepung gandum - di ayak
1 cawan gula halus - (saya gantikan dengan gula perang/brown sugar)
5 sudu maka susu pekat manis
1 sudu makan ovelate
1 sudu makan vanilla esen
beberapa titis pewarna makanan yang disukai - saya guna kuning, hijau dan merah

Cara:

1. Telur , susu pekat, gula, ovalete , esen vanilla di blender hingga halus- boleh juga gunakan whisker sahaja pukul hingga kembang dan rata.
2. Masukkan adunan ke dalam mangkuk dan masukkan tepung yang di ayak tadi. Gaul sehingga rata.
Bahagikan adunan ke pada 3 bahagian atau mengikut kreativiti masing-masing nak gunakan berapa warna. Masukkan setiap bahagian dengan pewarna makanan dan gaul rata.
3. Masukkan adunan apam ke dalam acuan yang telah dilenserkan dengan butter.
4. Kukuskan dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 40 minit.
5. Sejukkan terlebih dahulu dan keluarkan dari acuan serta boleh dipotong.  sedap cubalah.



Rendang Kerang Cili Padi..meletop..


Assalamualaikum untuk semua pengunjung ZLC dah lama rasanya saya tak menulis apa-apa di blog ini..sampai dah nak ke penghujung bulan September dan tinggal 2 hari sahaja lagi dah nak sambut Hari Raya AidilAdha atau Hari Raya Korban.  Saya tak boleh nak bercerita panjang nampaknya walaupun banyak benda yang nak saya ceritakan atau berceloteh di sini..nanti2 aje yer..memandangkan dah nak raya ini kalau ada antara kawan2 yang nak buat rendang selain dari rendang daging dan rendang ayam,,saya nak cadangkan rendang kerang.

Memang sedap jugak tau rasa rendang kerang nie..boleh dimakan sama ada dengan nasi impit, ketupat atau juga dengan nasi lemak..sebenarnya pada minggu lepas saya buat rendang kerang mengandingkan nasi lemak yang adik saya buat di samping lauk utamanya sambal sotong kembang..memang ohsemmm sangat rasanya ada sambal sotong, rendang kerang gan keropok ikan..makan pagi kenyangnya sampai ke petang..hihihi..Oklah kata tak nak berceloteh tapi terover pulak saya nie kan..jom kita lihat resepi rendang kerang dan gambar2 yang sempat saya snap.


Rendang Kerang Cili Padi.

Bahan-Bahan:

800 gram Kerang yang siap di kopek - Kalau nak kopek sendiri x larat beli yang dh siap aje..
30- 40 batang cili padi hijau - di blender (kalau nak pedas lagi boleh tambah)
4 labu bawang besar - di blender
6 ulas bawang putih - di blender
2 inci halia - di blender
2 inci kunyit - di blender
5 batang serai - di blender
3-4 sudu makan gula timbang/merah
3 keping asam gelugor/keping direndam
2 helai daun kunyit di hiris halus
3-4 helai daun limau purut
1/2 kg santan pekat
sedikit garam
1/2 cawan minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan-bahan yang diblender, cili api, bawang besar, bawang putih, serai, halia, kunyi. Tumis sehingga naik minyak.
2. Bila dah pecah minyak bahan-bahan yang ditumis, masukkan pula gula timbang balik2kan lagi. masukkan sedikit air lebih kurang 3/4 cawan. dan masukkan juga santan.
3. Bila dah mendidih masukkan kerang.  Balik-balikkan selalu. Masukkan asam gelugor yang direndam dan masukkan juga daun limau purut.  Bila hampir kering masukkan daun kunyit yang di hiris halus dan masukkan garam. balik2kan rasakan kesesuaian rasanya.  Kalau nak rendang yang agak kering boleh di balik2 agak lama sedikit..kalau nak yang lembap pun boleh ikut yang kita hendak.  Rendang yang saya buat nak makan dengan nasi lemak so saya biarkan agak lembab sahaja.
Rendang kerang sesuai dihidangkan bersama ketupat, nasi impit, nasi lemak atau juga pulut kuning..selamat mencuba.