Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Tuesday, April 9, 2013

Solok Lada

Assalamualaikum..

Salam sejahtera salam Selasa buat semua hari ini nak masukkan satu entry yang ringkas sejenis masakan yang berasal dari pantai timur, iaitu Solok Lada rasanya saya pernah masukkan resepi solok dulu2 masa saya buat nasi kerabu di SINI. .saya memang suka makan solok lada nie dan bila ke pasar malam selalu juga beli solok lada bersama Nasi Kerabu.  Oleh kerana dah lama tak ke pasar malam tekak ini teringin jugak nak makan solok lada tapi yang di buat sendiri dan kebetulan masa saya ke Jusco bersama CH saya hari itu saya ternampak lada solok yang agak panjang berwarna hijau muda, apa lagi teruslah terbayangkan keenakkan solok kalau dimasak sendiri..so hari sabtu lepas saya pun buat solok yang sedap di tekak saya..muahahaha sukahati jer ekk sendiri masak sendiri angkat bakul sendirikan..

Solok Lada

Bahan-Bahan:

15 batang lada solok - di bersihkan belah di bahagian tengahnya dan buang sedikit bijinya (hati2 sebab mudah pecah lada nie)
4 ekor ikan kembung - bersihkan ambil isinya sahaja  - ditumbuk halus
1 1/2 cawan kelapa parut putih - ditumbuk halus
6 ulas bawang merah - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1/2 sudu makan lada hitam - ditumbuk halus
1/2 inci halia - ditumbuk halus
sedikit gula dan garam secukup rasa
1 1/2 cawan santan untuk merebus solok

Cara:

1. Gaulkan kelapa parut yang ditumbuk, bersama isi ikan kembung yang di tumbuk, bawang, halia, lada hitam, gula dan garam. Gaulkan rata.
2. Sumbatkan isi ikan dan kelapa yang bergaul tadi ke dalam lada dengan padat dan kemaskan supaya tidak mudah terburai bila di rebus. buatkan sehingga semua lada diisi padat.
3.  Susunkan lada yang telah di sumbat isi ke dalam periuk, siramkan  santan yang digaul dengan sedikit sahaja garam ke atas lada sumbat, masak di atas api sederhana, sehingga lada dan isinya masak  Padamkan api hidangkan bersama nasi putih atau sesuai dimakan bersama nasi kerabu.

2 comments:

  1. wah sedapnya solok lada ini... ain memang suka makan solok lada.. hampir setiap rabu pergi ke pasar malam beli nasi kerabu, mesti letak solok lada (2) bersama ikan keli memang sedap... walaupun ain bukan orang utara sana... ain memang suka makan.... melayan tekak... tapi tak semestinya kita tak makan makanan lain... masakan johor, singapura, westen dan sebagainya.. pastinya yang halal... terima kasih mak j kerana suka sharing... ain semangat nak buat sesuatu.. tak kira sama ada ibu, kak long, mak j dan ramai lagi... kita boleh belajar....

    ReplyDelete
  2. mmg sedap ain solok nie nnti ain boleh try buat ok..mak j pun suka gak mkn nasi kerabu..tp dh lama tak pi pasar mlm..nnti nk buat sendiri..klau ain nk resepi Nasi Kerabu ada kat Label Nasi..cuba kak ain bukak manalah tau ain nak cuba buat Nasi Kerabu sendiri..

    ReplyDelete