Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Wednesday, November 2, 2011

Snow Ball a.k.a Biskut Garam..

Assalamualaikum,

Selamat pagi Rabu untuk semua, semoga sentiasa ceria dan sihat walafiat, akak alhamdullilah pagi ini sihat dan agak awal ke pejabat tadi..tu yang sampai ada yang menegur sebab selalunya akak tak la seawal hari ini..Memulakan hari dengan tugasan seperti biasa hari ini.  Kalau semalam akak dengan Kak Ros cc ke Jabatan kerana ada urusan pekerjaan hari ini kakak-kakak berdua tu pulak yang tiada kerana ada penyemakan akaun di PPD, ok la x nak citer pasal kerja ajer sebab masih ada sedikit lagi kerja yang perlu akak lakukan sebentar nnti..

Oleh kerana Hari Raya Haji bakal menjelang tak lama lagi iaitu pada hujung minggu nie sahaja akak rasa molek lah kalau akak masukkan satu entry biskut yang sering juga akak buat sebab mudah rengkas dan sedap rasanyer bahan2 nyer pun cuma 3 jenis ajer, pada sesiapa yang nak mencuba buat Snow Ball atau Biskut Garam ini (nama kurang menarikkan biskut garam hehe) jom la semak resepi di bawah


SNOW BALL COOKIES
By: Zalekha Luvs Cooking

250 gm butter (lebih sedap jika gunakan butter mahal seperti S.C.S) klau x Buttercup pun boleh
450 gm tepung gandum
secubit garam
Gula Caster Halus secukupnya untuk salut biskut bila dah masak

Cara:
1. Butter di pukul bersama garam hingga lembut dan sebati masukkan tepung sedikit demi sedikit, bila dah separuh dari tepung dimasukan boleh gunakan tangan, gaul kan lagi adunan bersama tepung pastikan adunan yang digaul ini tidak terlalu keras, sebab itu perlu masukkan tepung sedikit demi sedikit dan bila anggar dah boleh di bentuk ambil la sebesar guli adunan ini dan bulat2 kan. susun di dalam loyang pembakar.

2. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160C, selama 20 -25 minit, bila dah masak, golekkan biskut ke dalam caster sugar, boleh di simpan didalam bekas kedap udara dan jika nak kelihatan lebih menarik letak di dalam paper cup..

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment