Jom kita semak resepi mudah dibawah ini.
Apam Beras:
Oleh: Kak Maria
Bahan2:
2 cawan nasi yang telah disejukkan
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air
1 cawan brown sugar (klau xnak manis kurangkan 3/4 cawan)
3/4 cawan gula pasir (klau xnak manis kurangkan 1/2 cawan)
2 camca teh yis kering
beberapa titis esen pewarna yang disukai
Secukup Kelapa Parut Putih yang di gaul bersama garam untuk salut apam.
Cara:
1. Blendkan nasi bersama air sedikit demi sedikit, kemudian masukkan pula kedua-dua jenis gula, blender hingga sebati dan halus.
2. Adunkan kedua-dua jenis tepung dalam besen, masukkan yis kering dan gaul rata, masukkan adunan nasi yang diblender dan digaul hingga rata dan sebati. Perapkan selama 3 jam.
3. Setelah 3 jam, ambil senduk dan gaulkan adunan dengan sedikit dengan pewarna yang dikehendaki, biarkan sebentar selama 10-15 minit. Panaskan dulu acuan lompang kecil dalam kukusan. Bila acuan dah panas baru masukkan adunan hingga 3/4penuh.
4. Kukus selama 10-15 minit, sejukkan sebentar sebelum dicungkil dari acuan. Hidangkan apam bersama kelapa parut putih yang telah di gaul dengan sedikit garam. Kalau nak lebih tahan kelapa untuk digaul bersama apam kukuskan sekejap..
![]() |
Apam Beras yang cantik merekah |
![]() |
Tak berapa manis sedap.. |
![]() |
Nie semasa belum dikukus.. |
![]() |
Baru lepas masak..berasap lagi tu.. |
No comments:
Post a Comment