Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Tuesday, November 1, 2011

Sandwich Sardin Goreng..

Assalamualaikum,

Salam dan selamat petang Selasa semua, hari ini akak lambat dapat online maklum busy memanjang ajer dari padi..kebetulan dah buat kerja-kerja yang perlu di pejabat, cc akak ajak ke Jabatan ada kerja yang perlu kami buat di sana so tak sempat akak nak makan pg pergi jabatan dalam jam 9 pg balik jer dah 12 setengah akak pun macam orang berpuasa setengah hari naek payau rasa tekak akak hehe..teruknyer kan..Nasib baek dah pesan pada mamat, technician kat sini untuk beli nasi lemak kukus, balik ajer akak pun terus panaskan dalam microwave..sedap jugak lah dapat makan panas..haha..

Kita tinggalkan dulu citer pasal makan nasi lemak tengah hari tadi, akak sebenarnya nak masukkan satu entry Sandwich Sardin Goreng yang akak buat malam tadi, resepi ini sesuai untuk sarapan pagi atau juga minum petang and kalau saper2 yang x nak makan nasi waktu malam boleh juga pelbagaikan makanan macam nie..jom kita semak resepi rengkas nie :



Sandwich Sardin Goreng

Bahan-Bahan:
Untuk Inti Sardin
1 bantal kecil - Roti Putih
1 tin Sardin  - buangkan sos tomatonya dan lecek halus
1 biji bawang besar - didadu/racik halus
2 ulas bawang putih - cincang
2 sudu makan cili blender
2-3 biji limau kasturi - ambil jusnya
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis

Cara: Tumiskan bawang besar dan bawang putih, masukkan cili blender masak hingga cili agak garing, masukkan sardin yang telah dilenyek balik-balik kan hingga rata masukkan sedikit garam dan gaul sebati, tutupkan api dan masuk kan jus limau kasturi dan gaul rata, jus limau digunakan untuk hilangkan rasa hanyir pada sardin..

Bahan untuk bancuhan tepung:
1 cawan tepung gandum
2 sudu makan butter / majerin
1/2 cawan air atau secukupnya
secubit garam

Cara untuk buat batter gaulkan tepung gandum dengan majerin macam buat breadcumb, masukkan garam dan air sedikit demi sedikit bancuh hingga adunan rata dan tak berketul, adunan better ini mestilah tak terlalu cair atau terlalu pekat. ketepi dahulu adunan ini sementara nak buat sandwich..

Cara buat sandwich ambil dua keping roti sapukan satu bahagian dengan inti sardin yang dibuat tadi sehingga rata, tutupkan dengan satu lagi roti, tekan sedikit agar mampat, belah dua terpulanglah sama ada nak belah menyerong ke atau tepat kalau nak lebih comel boleh belah 4. Setelah selesai proses mengapit sandwich dengan inti, panas kan minya masak dalam kuali, celupkan sekeping dari sandwich tadi kedalam bancuhan better gorenglah 4 - 5 sandwich sekali, pastikan api sederhana dan balik-balikkan sehingga sandwich garing dan keperangan, angkat dan toskan, letak di atas paper towel dan hidangkan begitu sahaja atau dengan sos kegemaran anda..selamat mencuba..
Kalau nak gunakan resepi better yang ini pun boleh:

2 biji telur
4-5 sudu makan tepung gandum
air secukupnya, sedikit garam
Caranya, pukul telur hingga sebati, masukkan tepung gandum, dan garam gaulkan dengan air sedikit demi sedikit sehingga rata dan x berketul, tujuan gunakan tepung supaya tidak berapa meresap minyak pada roti sandwich tu..pilih lah mana2 satu bancuhan better yang disukai..

No comments:

Post a Comment