Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Friday, November 11, 2011

ADa Apa Tentang 11.11.11

Salam petang untuk semua, nampaknya petang nie cuaca redup kerana hujan rahmat turun sebentar tadi dan alhamdulillah, basahlah bumi kerana mendapat simbahan hujan walaupun hanya seketika.  Sebagaimana yang kita semua sedia maklum hari ini 11 November 2011 dan ramai yang menantikan tarikh ini kerana mereka kata tarikh yang sangat cantik 6 angka 1 yang jarang kita temui, dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk melakar sejarah kehidupan mereka pada hari ini seperti melangsungkan perkahwinan, bertunang dan memadu asmara (oppsss) sorry ter censored pulak..hehe..bagi yang melahirkan anak pada tarikh ini pasti mereka berasa bertuah kerana mendapat cahaya mata pada tarikh yang senang untuk diingati dan cantik.

Walaubagaimana pun sebagai orang islam kita tidak boleh lah taksub akan tarikh-tarikh tertentu ini kerana ditakuti akan menjadi khurafat pula..cukup la sekadar kita mensyukuri kerana setiap hari kita dilanjutkan usia tidak kira pada hari apa selagi kita dapat bernafas dan dilimpahkan dengan rahmat serta keberkatan setiap hari diberikan juga kesihatan dapat menjalani kehidupan seharian. 

Cukuplah setakat ini sahaja bicara tentang 11.11.11 ini mudah-mudahan kita akan berjumpa lagi pd hari-hari selanjutnya..Salam sayang dari Zalekha Luvs Cooking @ miss J..:-) x0x0..

No comments:

Post a Comment