Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Sunday, April 8, 2012

Kek Batik Milo..

Assalamualaikum...

Selamat malam minggu untuk semua...saya sebenarnya nak update entry tadi lagi tapi ada masalah pulak dengan lappy saya ini..faham2 la dah lama kan tapi masih boleh digunakan cuma perlukan kesabaran yang agak tinggi..kalau ikut kan tak sabar dah lama saya sambar notebook atau lappy baru...cuma rial saje yang belum mencukupi jadi bawak bertenang la cik j yer..hehehe..opsss tak boleh cakap kuat2 bila mengata cik Laptop ini nanti kalau dia merajuk saya yang susah nantikan so...bersaborrr ajer lah.

Oleh kerana masukkan entry kek batik yang saya buat sebelum window shopping tadi siang, tengah mid night nie so baiklah saya ringkas2kan cerita xleh nak berceloteh panjang esok2 sahaja kalau rajin saya cerita pasal jejalan kat Jusco Tebrau bersama anak2 buah saya si Qistina yang sangat keletah tu bersama mama dia Nora...dan milah gan anak2 Iqin n Esah.. Jom kita semak bahan yang diperlukan bagi kek batik milo resepi ini saya buat mengikut resepi kek batik horlick yang pernah saya buat dulu  Disini   tapi kali ini saya cuma tukarkan pada milo dan versi yang ini memang saya dah berkenan sebab tak berapa manis sesuai la gan tekak saya dan semua2 di rumah ini sedapppp tau..rugi kalau xcuba..jom kita semak resepi yang asalnya dari chef CMG  yang femes tu di Dapur Tanpa Sempadan..tq sifu CM

Kek Batik Milo
Resepi Asal: Sunah Sakura & CM DTS

300 gram biskut marie, dipatah 4 setiap keping
125 gram mentega berkualiti tinggi - (saya guna 3/4 cawan buttercup)
2 biji telur gred B
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan Milo
 1/4 cawan air
1 camca teh gula halus
1 camca teh esen vanilla (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali biskut marie dan mentega, ke dalam kuali, kacau rata dan masak dengan api kecil. Masukkan mentega dan kacau hingga sebati bersama bahan lain. Masak hingga pekat. Tambah esen vanilla dan biskut marie.
  2. Gaul rata-rata dan matikan api. Sedia kan bekas bersaiz 7 inci x 7 inci x 3 inci dan alas dasar dan tepinya dengan plastik cling. Masukkan no 1 tadi ke dalam tin dan ratakan. Tekan padat2. Biar hilang wap panas dan simpan dalam peti 1 - 2 jam. Boleh dipotong dan hidangkan..



2 comments: